Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

17 November 2013
Ilustrasi copet. | www.dreamstime.com
JAKARTA,   Harga keperluan yang semakin meningkat membuat dua orang suri rumah, Cristiningsih (44) dan Brita Panjaitan (35), nekat menjadi penyeluk saku di kawasan Thamrin City, Tanah Abang, Jakarta Pusat. 
Aksi dua warga Semper Barat, Cilincing, Jakarta Utara, itu ditangkap oleh pihak Polis  Sektor (Polsek) Tanah Abang, Sabtu (16/11/2013) siang. Kini keduanya terpaksa mendekam di sebalik jeriji besi Mapolsek Metro Tanah Abang.
Menurut salah seorang suspek, Brita Panjaitan, dia menyeluk saku kerana wang yang diberikan suaminya tidak cukup untuk memenuhi keperluan ekonominya. Terlebih lagi ketika ini harga barang-barang keperluan asas semakin naik.
"Anak saya tiga, suami saya kerjanya sebagai tukang parkir, jadi saya harus nyari tambahan lagi," kata Brita kepada wartawan di Mapolsek Metro Tanah Abang, Jakarta Pusat, Sabtu. 

Brita mengatakan, pada awalnya dia tidak berani membuat pekerjaan itu. Namun, keperluan ekonomi yang semakin meningkat, ditambah suami hanya bekerja sebagai tukang parkir, memberanikan dirinya untuk mencopet. "Gimana bisa biayai anak tiga jajan kalau sebulan cuma dapat Rp 500.000," kata Brita.
Sementara itu, Kapolsek Metro Tanah Abang Kompol Kus Subyantoro menjelaskan, kronologi kejadian bermula ketika para pelaku gagal mencopet dompet milik Yulia (34), salah satu warga Lampung yang sedang berbelanja di Thamrin City. 

Aksi keduanya diketahui saat korban yang sedang memilih baju merasa ada yang menggerayangi tasnya. Benar saja, tangan pelaku, Christiningsih, sedang berusaha mengambil dompet milik Yulia yang berisi uang tunai Rp 160.000 dan surat-surat berharga lainnya. 

"Mangsa yang terkejut kemudian langsung menarik tangan suspek dan berteriak hingga warga langsung menangkap suspek  dan menyerahkannya kepada satpam setempat. Saat ditangkap, pelaku mengaku melakukan pencopetan tersebut tidak sendirian, tetapi bersama dengan temannya, yaitu Brita Panjaitan," kata Kompol Kus Subyantoro. 

Mendengar kesaksian pelaku, satpam dan polis  langsung mencari Brita Panjaitan. Dengan dihantar oleh Christiningsih, pihak  polis  dan satpam pun bertinjauan menangkap Brita Panjaitan di kawasan parkir kenderaan ketika sedang menunggu calon mangsanya. Dari keterangan para pelaku, mereka baru pertama kali melakukan aksi pencopetan tersebut.
"Untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya, para tersangka akan dijerat dengan Pasal 363 KUHP dengan ancaman tiga tahun penjara," katanya.
Sumber : Tribunnews.com

Selasa, 18 Februari 2014


Jika minggu lalu, pelakon Ashraf Muslim menafikan dakwaan isteri keduanya, Wan Sakinah telah hamil namun baru-baru ini Sakinah ada berkongsi gambar ubat yang diambilnya di sebuah klinik swasta di Putrajaya.


Menerusi pemerhatian, kebanyakan pengikutnya di laman Instagram memberikan ucapan tahniah terhadap gambar ubat yang dikongsinya itu.

Mungkin betul Sakinah yang dinikahi Ashraf pada 7 Julai lalu di Thailand kini sudah berbadan dua.

Sebelum ini pun, ada desas-desus mengatakan perkahwinan kedua aktor tersebut adalah disebabkan keinginan untuk memiliki zuriat sendiri.

Jika benar Sakinah sudah hamil, tahniah diucapkan buat pasangan ini!

Oleh: AUDREY LEE

Selasa, 11 Februari 2014

Isteri Jinak Suami Guna Sihir | Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami.
Isteri Jinak Suami Guna Sihir

Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri.


Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan sang suami ikut telunjuk tinjauan bantuan elemen syirik.

Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.

Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.


sumber:

Sabtu, 28 Desember 2013


BANGI – Isteri Pengiran Muda Mahkota Brunei Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Salleh melawat Pusat Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Pengiran Anak Isteri turut disertai putera baginda, Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, isteri Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datin Mastura Awang dan isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya semasa meraikan ketibaan Pengiran Anak Isteri serta delegasi berkata, lawatan itu diharap membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan pintar.

“Kerjasama ini boleh dilakukan dalam program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik, penyelidikan, penerbitan dan banyak lagi,” katanya.

Pengiran Anak Isteri kemudiannya mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah Pusat Permata Pintar Negara Prof Madya Dr Melor Md Yunus mengenai program Permata Pintar yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam lawatan itu, Pengiran Anak Isteri turut melawat makmal di mana beberapa pelajar memberi penerangan mengenai uji kaji yang dijalankan selain melihat proses pembelajaran di Pusat Permata Pintar Negara.

Pengiran Anak Isteri dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Malaysia, mengiringi Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Lawatan sejak 8 Nov itu diadakan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Brunei dan Malaysia selain memantapkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan serta ekonomi. – BERNAMA

Kamis, 26 Desember 2013

     osseram





Di saat sang isteri tengah terlelap, Wayne Rooney justru asyik bercengkerama dengan gadis-gadis seksi di sebuah kelab malam di Las Vegas hingga pukul 3 pagi.

Rooney sedang menikmati liburan akhir musim sebelum bergabung dengan Timnas Inggeris menuju Euro 2012 Jun  mendatang. Berbeda dengan sang isteri, yang tampaknya sudah berubah menjadi ibu rumah tangga sejak memiliki momongan, Roo masih suka berkeliaran ke kelab malam.

Saat sang isteri menemani Kai, sang putera, tidur di kamar hotelnya, Rooney menyambangi kelab malam di hotel tersebut dan menjadi buruan sejumlah fans perempuan yang seksi. Ada yang berambut pirang, ada pula yang berambut coklat kemerahan, demikian dinukil dari The Sun.

Gadis-gadis seksi itu bergantian menemani Rooney hingga pagi. Mengobrol, berjoge dan minum-minum. Seorang clubber berkata, “Wayne dan geng-nya muncul sekitar jam 1 pagi setelah berjudi di kasino hotel tersebut.”

“Dia menikmati semua perhatian yang diberikan para wanita. Klab malam tersebut dipenuhi perempuan-perempuan cantik. Ada yang pirang, ada yang brunette, kecantikan di dalam situ seperti pelangi,” lanjutnya.

“Wayne tampak menikmati. Kadang berdansa. Ia sesekali terlihat tersenyum. Saya menyadari betapa gembiranya dia. Anda biasanya melihat dia cemberut. Sekitar pukul 3 pagi, mereka keluar menuju lift hotel,” papar saksi mata.

Coleen tidak terlihat bersama Rooney pada Jumat malam itu. Ia berada di kamar hotel. “Saya tak tahu dimana Coleen. Mungkin dia ada di atas, di kamarnya menjaga anak mereka.”

“Yang jelas ada antrian panjang di klab malam tersebut tetapi Wayne dengan mudah masuk begitu saja. Mereka menyewa ruang VIP dan di dalamnya dipenuhi alkohol. Sejumlah perempuan menari di sekitar meja mereka.”

“Saat dia ke kamar mandi, dia diikuti sepertinya oleh sepasang petugas keselamatan sewaan mereka,” tandasnya.

Rooney bersama sejumlah teman, diantaranya mantan rekan setim, Wes Brow n dan sang isteri, Leanne.

sumber

Selasa, 24 Desember 2013

sinarharian
5 Disember 2012
Zamri Shamsuddin
Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil di dalam kereta dipandunya, sebelum nekad terjun ke dalam sungai semata-mata ingin meloloskan diri daripada ditahan polis dalam satu kejadian di Kampung Teluk Pasu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap setelah dikehendaki polis berhubung beberapa kes jenayah curi kereta di sekitar pasar raya Giant dan Mydin Mall, di sini.

Menurut sumber, semasa kejadian, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva diekori Unit Kereta Ronda MPV Balai Polis Chabang Tiga di sekitar Pasar Chabang Tiga, di sini.

“Bagaimanapun, suspek yang menyedari dirinya diekori terus memecut laju keretanya menghala ke Kampung Teluk Pasu, di sini, dan polis turut mengejarnya sejauh kira-kira 15 kilometer.

“Ketika itu, suspek merempuh beberapa lampu isyarat sebelum nekad terjun ke dalam Sungai Manir apabila menyedari dirinya dikepung polis dengan bantuan Rakan Cegah Jenayah (RCJ) Terengganu,” katanya.

Menurutnya, suspek turut berlakon pengsan apabila dia gagal berenang ke seberang, sebelum diberkas polis dan dibawa ke Balai Polis Manir, untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek yang baru tamat menjalani hukuman penjara pada Julai lalu atas kesalahan mencuri kereta mempunyai beberapa rekod jenayah, termasuk kes curi kereta dan pecah cermin kereta.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek yang berasal dari Kampung Sekati, di sini.

“Suspek kini direman sehingga 8 Disember depan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

Selasa, 17 Desember 2013

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
FotoANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu.
myMetro
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!