Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

Harkahdaily 

Muhammad Faizal, 27 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tiga laporan polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membabitkan Parlimen Pulai, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi untuk Parlimen Titiwangsa.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir ke IPD Dang Wangi sebentar tadi menjelaskan, laporan tersebut dibuat apabila mahkamah mengatakan pemalsuan pengisian Borang 14 merupakan satu kesalahan jenayah.

Katanya, perkara ini timbul apabila PAS yang mengemukakan kesalahan berkaitan Borang 14 di dalam petisyen pilihanraya, namun mahkamah telah menolak dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan mengenai kesalahan tersebut.

"Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memberitahu jika ada kepincangan pilihanraya boleh bawa ke mahkamah.

"Bila kita membawa kes berkaitan dengan pemalsuan pengisian Borang 14 tetapi telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan kesalahan tersebut dan mengatakan ia merupakan kesalahan jenayah.

"Atas alasan jenayah kita tampil membuat laporan polis dan berharap perkara ini akan disiasat oleh pihak polis," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan tersebut dibuat berkait dengan pelanggaran Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraua 1954 mengenai pemalsuan pengisian di dalam Borang 14 yang dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Jelasnya lagi, laporan polis akan turut dilakukan di seluruh negeri khususnya negeri-negeri yang telah difailkan patisyen.

"Ini merupakan laporan polis pertama berhubung dengan kesalahan pemalsuan Borang 14 dan kita akan turut membuat laporan di seluruh negara terutamanya membabitkan tempat-tempat patisyen dikemukakan.

"Pihak peguam akan sentiasa berhubung dengan pihak polis bagi mengetahui perkembangan lanjut berkenaan dengan laporan yang telah dibuat ini, kita mahu ia disiasat denga adilm," jelas beliau yang juga merupakan seorang peguam.

Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pimpinan tertinggi PAS dalam masa terdekat berhubung dengan kesalahan pilihanraya dan juga kepincangan di dalam SPR.

Senin, 16 Desember 2013

Harakahdaily

Nazri Abdullah, 25 Jun 2012
MELAKA: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan pujuk rayu Umno yang dilihat cuba mengurat PAS apabila mereka kini dalam keadaan sangat lemah.

Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang dilakukan pemerintah negara ini.

Menurut beliau, walaupun Umno itu parti Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.

"Walaupun Umno kata Melayu tak boleh tentang Melayu, tapi Islam ajar kita supaya menentang kezaliman walaupun datang dari kaum kita sendiri.

"Ajaran Melayu Umno, perangai hodoh tak apa, rasuah tak apa, atas nama orang Melayu, tetapi ajaran Islam tidak begitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam tadi.

Lebih 3,000 hadir pada ceramah di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mengulas lanjut Mustafa yang mengambil pentas sebelum Mohamad berkata, Islam juga mengajar umatnya boleh bersama siapa sahaja demi menentang kemungkaran dan menegakkan keadilan.

"Sebab itu kita bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Kita menentang Umno sebab mereka tidak menegakkan keadilan sebagaimana di perintah Allah," katanya.

Umno kini katanya dalam keadaan sangat lemah dan terpaksa mengorat PAS untuk mengembalikan sokongan kepada mereka atas nama parti orang Melayu.

Bagaimanapun tegasnya, PAS sudah matang dengan taktik dan perangai Umno itu dan sesekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.

"Abg Mat (Mohamad Sabu) berapa kali dia kena ISA siapa buat, Umno yang buat.

"Kenapa Umno buat kepada orang Melayu, sebaba waktu nak ISA dia tak kira dah Melayu, tapi sekarang bila lemah sibuk cari PAS atas nama Melayu.

"Sebab itu walaupun ada usaha Umno nak mengorat kita, kita kata no!," tegasnya.

Dalam pada itu, mengulas kehadiran malam tadi, Mustafa menyifatkan ianya suatu kebangkitan rakyat Melaka yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Sambutan luar biasa sejak kebelakangan ini katanya bukan sahaja memeningkan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Ali Rustam malah juga membimbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!