Sabtu, 21 Desember 2013

Salam semua,


Bidaan Dibuka Kereta Mael Lambong Dijual

Bidaan Dibuka Kereta Mael Lambong Dijual: Kereta yang digunakan oleh ‘Mael Lambong’ iaitu Zizan dalam filem Mael Lambong bakal dijual dan bidaan kini dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Excellent Pictures mencipta kejutan tersendiri apabila membuka bidaan untuk kereta yang digunakan oleh Mael Lambong dalam filem itu dengan harga permulaan RM5,000.

Kereta Mael Lambong, lakonan Zizan Razak, yang digunakan dalam filem berkenaan, merupakan sebuah kereta jenis ‘Drift’ jenama Toyota Soarer E MZ II dengan kapasiti enjin 2500 cc.
Sebanyak 100 penyertaan telah diterima bagi membida kereta Mael Lambong tersebut setelah diumumkan di radio Suria FM melalui slot Ceria Pagi. Satu majlis penyerahan kereta tersebut akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak untuk pembida tertinggi.
Untuk membida kereta Mael Lambong ini, peminat boleh melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman www.facebook.com/kisahmaellambong. - Bidaan Dibuka Kereta Mael Lambong Dijual   [sumber]


0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!