Sabtu, 28 Desember 2013


Biasanya, arahan keselamatan yang dituturkan petugas penerbangan dipandang lewa sahaja oleh penumpang kapal terbang.

Justeru syarikat penerbangan Virgin America, melancarkan sebuah video berkaitan keselamatan dalam penerbangan namun disampaikan menerusi cara lebih menarik iaitu muzikal a
la Glee.

Menggunakan khidmat 36 penari, video yang dimuatnaik di laman YouTube ini mendapat perhatian ramai apabila ditonton lebih 5 juta orang dalam masa seminggu.

Kini, Virgin turut melancarkan peraduan online yang terbuka kepada rakyat Amerika untuk menyertai video keselamatan mereka yang berikutnya.

Berdasarkan maklum balas, cara pemasaran viral yang dilakukan Virgin ini boleh dianggap satu tindakan bijak dan berjaya. – REM RAMZI




0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!